NAMPAK macam mudah, tapi bukan semua orang mampu melakukannya.
Orang kata kerja sebagai cikgu ini menguntungkan, tapi hanya Tuhan saja yang tahu cabaran dan dugaannya.
Bagi seorang guru wanita, dia tidak dapat lagi memendam kesedihannya setelah diuji dengan sikap segelintir murid di sekolah.
Macam-macam kerenah yang ditunjukkan murid-murid di sekolah. -Gambar hiasan
Hanya luahan dan linangan air mata yang mampu meredakan tekanannya untuk seketika.
“Aku penat jadi cikgu. Rasa nak nangis sebab perangai budak kat sekolah. Nakal dan terlalu bising.
“Dah salah, pandai menjawab macam-macam alasan,” katanya menerusi satu luahan di laman X.
Menurutnya keadaan itu membuatkan dia berada dalam dilema sehingga terlintas di fikiran untuk bersara daripada dunia perguran.
“Rasa nak resign pun ada. Dah macam babysitter anak orang kat sekolah. Susah nak mendidik seorang insan.
“Kadang rasa tak nak mengajar dah sebab mereka malas, (saya) asik jadi singa marah,” ujarnya yang buntu.
Dalam pada itu, rata-rata warga maya menyuarakan simpati terhadap situasi yang dialaminya, namun berharap agar dia tidak membuat keputusan tergesa-gesa untuk berhenti kerja.
Ibu bapa membela anak masing-masing yang bermasalah. -Gambar hiasan
Segelintir mereka turut menyifatkan kebiadaban segelintir pelajar dipengaruhi sikap ibu bapa yang mahu mempertahankan anak masing-masing berbanding mendidik mereka.
“Budak budak zaman sekarang tak macam dulu. Dulu buat salah sikit kat cikgu terus beratur kat bilik guru minta maaf sebab serba salah. Sekarang bukan sahaja biadab, kurang ajar dan naik kepala. Nak tegur tak jalan. Mak ayah pula bela anak.
Jangan (berhenti) cikgu didik mana yang nak belajar, asah mana yang nampak cerah masa depan.
WARGA MAYA
“Cikgu, kalau budak menangis, cikgu menangis lagi kuat. Kalau menjerit, cikgu jerit lagi kuat. Kadang-kadang teguran biasa ni tak boleh jalan. Guna perangai yang sama macam budak-budak ni buat. Biar tergamam sikit tengok cikgu jadi macam tu.
“Hari hari nak marah akan sebabkan cikgu-cikgu Malaysia dapat darah tinggi. Ibu bapa tolonglah ajar anak-anak jadi manusia.
Kasihan pun ada, tengok cikgu-cikgu kat Malaysia ni, komen warga maya.
Seorang wanita termenung mengenangkan nasibnya. -Gambar hiasan
Dengan memberikan kata-kata semangat, ada yang menasihatinya supaya menitikberatkan kesihatan mental dan terus memperjuangkan semangat sebagai pendidik.
“Jangan (berhenti) cikgu. Didik mana yang nak belajar, asah mana yang nampak cerah masa depan tu. Kita perlu melahirkan insan yang berguna untuk masa depan kelak.
“Tolonglah kasihan pada murid yang baik, dengar kata, dahagakan ilmu daripada pendidik yang baik seperti kamu. Kuatkan semangat,” demikian antara komen netizen.
Sumber: mstar
Leave a Reply