“Saya Percaya Niat Sabar..” – Aisyah Hijanah Kembali Hadir Ke Majlis Ilmu, Cara Tenangkan Diri Hadapi Ujian Berat

Sedia maklum, berita mengenai personaliti media sosial, Aisyah Hijanah memfailkan penceraian terhadap suami, Aliff Teega sememangnya membuatkan ramai pihak berasa terkejut.

Biarpun melalui ujian berat ketika ini, Aisyah berkata dirinya sentiasa bersangka baik dengan ujian ditetapkan oleh Allah SWT serta kini kembali semula hadir ke majlis ilmu bagi menenangkan diri.

Sekarang memang banyak tetapkan pemikiran saya untuk maju ke hadapan. Bersangka baik dengan Allah kerana banyak lagi yang Allah nak beri selepas ini.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

Menjelaskan lebih lanjut mengenai hadirkan diri ke majlis ilmu, wanita tersebut berkata ia banyak membantu bagi menenangkan diri dan dia percaya dengan nikmat orang yang sabar hadapi dugaan hidup.

Kata Aisyah lagi, dia juga berkongsikan rutin hariannya seperti perbanyakkan solat sunat dan sembahyang di masjid, sekurang-kurang sekali sehari.

Sekadar info, Aisyah dan Aliff Teega telah mendirikan rumah tangga pada November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

aisyah hijanah fail cerai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*