Khabar duka buat peminat TikToker Indonesia yang dikenali sebagai Shella Selpi apabila pempengaruh terkenal itu disahkan meninggal dunia akibat kanser ovari pada malam Khamis lalu.
Baru kahwin dua minggu
Berita pemergian Shella disahkan sendiri oleh suaminya, Albid Wizky menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).
Menerusi hantaran tersebut, Albid turut meminta sahabat andai yang mengenali Shella untuk memaafkan segala kesalahan yang pernah dilakukan arwah isterinya.
Innalillahiwainnailaihirajiun, isteri tercinta saya Sella Selpi Lizah Didin Jaenudin telah pulang ke rahmatullah.
Buat rakan-rakan Shella, minta dimaafkan egala dosa isteri saya jika pernah melukakan atau mengguris hati mana-mana pihak.
Lebih memilukan ialah, Shella dan Albid difahamkan baru sahaja menikah sekitar dua minggu yang lalu.
Sekadar info, Shella yang mengadu sakit pada bahagian perut selepas melakukan aktiviti renang disahkan menghidap kanser ovari pada tahun 2021.
Dia kemudian melakukan pembedahan pada 2022 selepas sel kanser tersebut disahkan telah merebak ke bahagian rahim sebelum kesihatannya menjadi tidak menentu.
Sepanjang berdepan dengan kesakitan itu, Albid yang merupakan kekasih Shella dilihat setia menemaninya sebelum meneruskan hasrat bernikah dengan pempengaruh itu pada pertengahan Ogos lalu.
Video
Lihat siaran ini di Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :: Kompas, Instagram Albid
Leave a Reply