Rejis ‘Air Belaga’, Kehadiran Raja Bomoh Di Kawasan Tanah Jerlus Masjid India Curi Perhatian Netizen

Kehadiran Raja Bomoh Dato Ibrahim Mat Zin ke kawasan tanah jerlus Masjid India mencuri perhatian netizen setelah videonya merenjis ‘sesuatu’ di lokasi kejadian menjadi tular di media sosial.

Memetik Harian Metro, kehadiran Raja Bomoh itu difahamkan adalah untuk membantu usaha mencari mangsa yang masih belum ditemui sehingga kini.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Harian Metro (@hmetromy)

Saya datang ke sini sebab saya lihat mereka (pasukan menyelamat) sudah berhari-hari menjalankan usaha pencarian, namun masih belum menemui mangsa.

Justeru saya mahu membantu pencarian mangsa menggunakan kaedah tertentu sekiranya dibenarkan pihak berkuasa.

Namun kehadirannya ke kawasan kejadian dihalang pihak berkuasa.

Saya datang sini bawa ‘air belaga’. Air ini kita bawa nak siram tempat itu (lokasi kejadian). Kita ambil air ini dekat Pulau Sembilan, Beting Beras Basah’.

Dia dilihat merenjis air yang disimpan dalam labu air berwarna hitam di sekitar kawasan kejadian.

Terdahulu, media melaporkan terdapat beberapa organisasi keagamaan tampil membuat upacara ritual bagi membantu pencarian mangsa yang hilang akibat ‘ditelan’ tanah jerlus ketika berada di jalan Masjid India.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : harian metro

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*