Tular sebelum ini mengenai kenyataan Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO) yang mendedahkan penglibatan beberapa ahli politik terkemuka dalam sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Dalam kenyataaan itu, Setiausaha MHO, Datuk Hishamuddin Hashim di mana sindiket operasi itu adalah melalui cara memperdaya manusia secara dalam talian dengan menawarkan pekerjaan sebelum memaksa mangsa bekerja sebagai ‘scammer’ penipuan perjudian.
Malah, di YouTuber, muncul satu video tular mengenai isu itu yang bertajuk ‘Neraka Perbatasan: Jejak Mafia Judi Online dan Perbudakan Digital di Asia’.
Dalam video tersebut, tertera penglibatan aktif ahli politik Malaysia di dalam sindiket pemerdagangan manusia itu.
Difahamkan, suami kepada ahli politik itu juga merupakan orang berkepentingan dan memegang jawatan selaku pengerusi lembaga pengarah keselamatan di dalam syarikat Dongmei Group.
Sekadar info, Dongmei Group adalah syarikat yang dipercayai terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah di Myanmar.
Manakala Harian Metro melaporkan bahawa WHO telah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan terhadap ahli politik yang didakwa terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : beautifulnaara
Leave a Reply