Berlaku Pada Jam 2 Pagi, Mendapan Tanah Lain Berlaku 50 Meter Dari Lokasi Tanah Jerlus Di Masjid India

Belum reda dengan kes tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, ada lagi satu mendapan tanah dikesan berhampiran lokasi kejadian.

Difahamkan, mendapan tanah itu berlaku kira-kira berlaku 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus yang berlaku pada hari Jumaat lalu.

tanah mendap baru di masjid india

Mendapan tanah itu berlaku kira-kira jam 2.30 pagi Rabu ekoran hujan lebat berlaku pada waktu malam hari Selasa.

Melalui laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman mengesahkan kejadian tersebut berlaku di Jalan Masjid India, pagi Rabu.

tanah mendap baru di masjid india

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membincangkan mengenai memperluakan penutupan jalan di kawasan tersebut.

Dakwaan gua bawah kl palsu, tiada ahli geologi bernama sarah jamal

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : facebook

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*