Wanita Luah Rasa Kec3wa, Suami Ugut Nak Kahwin Lain Sebab Bers4lin ‘Czer’ – ‘Tak Nak Aku Dapat Wife Ros4k’

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila si suami tidak dapat menerima kenyataan bahawa dirinya tidak bersalin secara normal.

Siap ugut kahwin lain

Menerusi TikTok, pemilik akaun yang dikenali sebagai @flowertersakiti berkongsi beberapa tangkap layar perbualan di WhatsApp memaparkan si suami yang memarahi dan menyifatkannya sebagai ‘sudah rosak’ kerana bersalin dengan menggunakan kaedah pembedahan atau caesarean (czer).

Keluar dari bilik pembedahan, dalam keadaan bius lagi, tanya ‘nurse’ nak telefon dulu.  Buka je ‘chat’ kena maki sebab ’emergency czer’?

Hari sama juga saya pujuk dia elok-elok, semua hanya untuk dilayan macam tu. Saya juga masuk bilik pembedahan sendiri tanpa kehadiran dia.

Semua ini dah berlalu namun masih sakit.

Lebih parah, si suami yang difahamkan tidak menemaninya di dalam wad bersalin juga meminta wanita itu untuk tidak menghubunginya lagi.

Tak nak I dapat isteri rosak, baik I kahwin dengan orang lain ja.

Umur macam ini nak lahir guna kaedah pembedahan apanya, tak naklah hidup lagi dengan you.

Perkongsian wanita itu telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya berang dengan tindakan si suami.

Menurut netizen, adalah tidak wajar si suami memperlakukan sebegitu terhadap isterinya yang sudah berhempas pulas melahirkan anak mereka.

Dalam pada itu, wargamaya juga meluahkan rasa kagum terhadap wanita itu yang masih mampu mengawal dirinya dan membalas hantaran WhatsApp suaminya dengan lemah lembut.

Komen netizen


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : TikTok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*