Tanah jerlus: M4ngsa mungkin berada di Loji IWK Pantai Dalam

Kuala Lumpur: Semua sisa kumbahan dari Jalan Masjid India, di sini akan berakhir di loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam, sekali gus memberi harapan penemuan mangsa insiden tanah jerlus.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, beliau menerima taklimat daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta IWK.

Menurutnya, taklimat juga disampaikan mengenai fungsi loji Pantai 1 dan Pantai 2 yang kedua-duanya menguruskan sisa kumbahan bagi 1.8 juta warga Kuala Lumpur.

“Saya difahamkan semua sisa kumbahan akan berakhir di sini (IWK Pantai Dalam) dan tidak akan melepasi lokasi ini.

“O.4 juta sisa kumbahan warga Kuala Lumpur diuruskan fasaliti ini (Pantai 1), manakala 1.4 juta lagi di fasaliti Pantai 2. Jadi memang akan berhenti di sini,” katanya ketika ditemui selepas hadir meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sini, hari ini

Menurut Fahmi yang juga Menteri Komunikasi, beliau dimaklumkan jarak lurang kumbahan di Jalan Masjid India hingga ke loji IWK Pantai Dalam sejauh kira-kira tujuh kilometer.

“Sebagai ahli parlimen di sini, saya juga ambil maklum dan teliti mengenai kebajikan pasukan penyelamat,” katanya.

Dalam kejadian Jumaat lalu, manga seorang wanita warga India dikenali Vijayaletchumy berusia 48 tahun.

Berikutan itu, pasukan penyelamat memperluas operasi membabitkan enam lurang kumbahan di sekitar ibu negara iaitu di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Lebuh Pasar, dan Bulatan Kinabalu.

sumber: harian metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*