Dakwa Ada Gua Gergasi Di Bawah Bandar Kuala Lumpur, UM Nafi Wujud Ahli Geologi Bernama Dr Sarah Jamal

Tular sebelum ini mengenai dakwaan seorang individu yang mendakwa dirinya seorang pakar geologi dari Universiti Malaya yang membuat kenyataan terdapat sebuah gua kosong besar di bawah tanah bandar Kuala Lumpur.

Artikel itu yang kemudiannya menjadi tular ternyata telah mencetuskan rasa bimbang dan gusar dalam kalangan pengguna media sosial susulan daripada kes seorang wanita warganegara India yang hilang akibat tanah jerlus di Ibu Kota baru-baru ini.

Berikutan itu, Ketua Jabatan Geologi Fakulti Sains Universiti Malaya, Prof Madya Dr Meor Hakif Amir Hassan tampil menepis dakwaan daripada individu yang sebenarnya tidak wujud itu.

Jabatan menegaskan bahawa tiada ahli Geologi bernama Sarah Jamal yang berkhidmat di Universiti Malaya. Juga, tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal didaftarkan di dalam senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia.

Kenyataan itu dikeluarkan di laman Facebook rasmi jabatan terlibat dan Dr Meor juga menegaskan bahawa dakwaan terdapat gua di dasar bandar Kuala Lumpur adalah rekaan semata-mata dan tidak berlandaskan fakta.

Dr Meor juga menjelaskan bahawa punca kejadian tanah jerlus itu masih dalam siasatan dan belum dipastikan punca kejadian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : facebook

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*