Sudah 99.9 Peratus, Sias4tan Kes Bvnuh Nuraina Humaira Di Peringkat Akhir – Ketua Polis Perak

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata siasatan berhubung kes kematian kanak-kanak perempuan Orang Asli dipercayai dirogol dan dibunuh sudah di peringkat akhir.

Katanya pihaknya sudah merakam percakapan beberapa individu terdiri daripada saksi, kenalan mangsa dan penduduk kampung.

Suspek (lelaki) pun kita sudah tahan serta kita juga mengambil kira pandangan dan pelbagai elemen daripada pakar-pakar yang berkaitan.

Siasatan hampir lengkap … 99.9 peratus. Maknanya siasatan sudah berada pada peringkat akhir dan kita akan teruskan tindakan kepada pertuduhan (di mahkamah).

ketua polis perak azizi mat

Terdahulu, Nuraina Humaira Rosli yang pada mulanya dilaporkan hilang sejak 16 Ogos telah ditemui meninggal dunia di kawasan berpaya Kampung Pos Bersah, Pos Kuala Mu pada 17 Ogos.

Bedah siasat mendedahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan dan kecederaan akibat tekanan pada bahagian leher mangsa. Susulan itu, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang juga saudara terdekat mangsa bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

nuraina humaira

suspek bunuh nuraina humaira

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Sinar Harian

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*