Tidak hanya cemerlang dalam akademik, anak sulung pelakon Rita Rudaini juga turut membuktikan dirinya hebat dalam bidang sukan juga.
Airit Rayyan Rizqin, 15, menjadi sebutan dan mencetuskan fenomena selepas berjaya memecahkan tiga rekod olahraga dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Sabak Bernam.
Berikut adalah rekod yang dibuat oleh Airit Rayyan:
Acara lari 100 meter: catatan masa 11.44s
Acara lari 200 meter: catatan masa 23.81s
Acara lari berkumpulan 4×400 meter: catatan masa 3:58.57s
Perkongsian seorang guru bernama Abdul Muiez turut meraih perhatian apabila dia berkongsi tentang beberapa perkara mengenai Airit Rayyan selain penglibatannya dalam bidang sukan.
Kenapa saya rasa dia hebat? Sebab dia anak artis kah? Oh tidak. Dia hebat kerana dirinya.
Dia seorang murid yang menghafal al-Quran. Malah dia juga cemerlang dalam pelajaran apabila mendapat gred nilai purata 3.99 dalam peperiksaan semester.
Tambah Abdul Muiez, selain hebat dalam akademik, Airit juga turut cemerlang dalam sukan apabila mewakili MRSM dalam permainan bola sepak dan berjaya memecah rekod MSSD.
Nama Airit Rayyan menjadi sebutan ramai dan dikatakan boleh menjadi pelapis serta mewakili negara jika digilap bakatnya.
Dalam pada itu, sudah tentulah Rita Rudaini turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan dipuji kerana berjaya mendidik anak yang hebat dalam agama, pelajaran dan sukan.
Ada yang berpendapat Rita layak diberikan gelaran ibu hebat dan berharap ada anugerah yang setimpal untuk diberikan kepadanya kerana menjadi ibu dan bapa kepada kedua-dua anaknya sejak kecil.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : facebook
Leave a Reply