TERKINI: Yasin Sulaiman Dij4tuhi Hukvman Penj4ra Seumur Hidup & 16 Seb4tan, Bersalah Tiga Pertuduhan D4dah

Penyanyi Yasin Sulaiman hari ini telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan dadah dihadapinya, dua tahun lalu.

Riak wajah komposer itu dilihat sugul dan difahamkan Yasin sebentar tadi telah digari dan akan terus dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.

yasin sulaiman dipenjara seumur hidup

Hakim Datuk Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Yasin atau namanya Muhammad Yasin Sulaiman, 49 tahun selepas membenarkan rayuan pendakwaan selaku perayu ke atas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Faiz Dziyauddin yang melepas dan membebaskan penyanyi lagu Mimpi Laila itu sebelum ini.

Pada 29 November 2023, Yasin dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tiga tuduhan kes dadah dan ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.

Sebelum itu, pada 6 Julai 2022, Yasin terlepas hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.

“Keputusan yang sangat pelik” – Yasin

Yasin yang terkejut itu berpendapat keputusan itu adalah sesuatu yang pelik dan memaklumkan akan membuat rayuan dalam masa terdekat menerusi peguamnya di Mahkamah Rayuan.

Hari yang gelap dan keputusan yang sangat pelik. Apa yang saya tidak boleh terima kenapa saksi pakar tidak langsung diambil keterangan dan tidak dipakai. Itu sesuatu yang sangat pelik.

yasin sulaiman di mahkamah

Dalam pada itu, Peguam Ariff Azami Hussein mewakili Yasin memaklumkan akan memasukkan notis rayuan keputusan tersebut esok.

Sementara itu, ahli keluarga termasuk anak perempuannya yang berusia 16 tahun yang hadir ke prosiding hari ini dilihat menangis ketika berada di galeri awam mahkamah.

Berikut adalah pertuduhan terhadap Yasin:

Pertuduhan pertama: Didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang, 24 Mac 2022.

Pertuduhan kedua: Didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama

Pertuduhan ketiga: Didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ‘11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.

yasin sulaiman

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*