Tengku Puteri Afzan Dan FD Idzham Diraikan Dalam Istiadat Perkahwinan Diraja Selama 3 Hari, Bermula 22 Ogos Iini

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya menerusi satu kenyataan memaklumkan istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bersama pasangannya, FD Idzham FD Iskandar dijadual berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Difahamkan, istiadat itu bermula dengan majlis akad nikah di Istana Abdulaziz di Pahang dan hari seterusnya akan diadakan Istiadat Berinai bagi pasangan dua mempelai itu.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh HRH Princess Afzan of Pahang (@tengkuputeriiafzan)

@cmspahang

berat ayah hendak melepaskan puteri kesayangan …

? original sound – Tengku Ampuan Pahang – Tengku Ampuan Pahang

Istiadat Bersanding akan diadakan pada hari Ahad ini dan semua istiadat disiarkan melalui dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) Satu dan di Tasik KotaSAS.

Menurut Zahari lagi, pelbagai acara menarik akan diadakan di kedua-dua lokasi berkenaan sepanjang istiadat Perkahwinan Diraja berlangsung.

Terdahulu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah ada bertitah mengenai perkahwinan anak perempuan baginda selain mendoakan istiadat berkenaan berjalan lancar.

“Semoga majlis yang akan diadakan ini berjalan lancar, penuh keberkatan dan diredai Allah SWT serta ikatan perkahwinan yang bakal terbina ini akan kekal hingga ke jannah” titah Al-Sultan Abdullah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*