Abang Tesla Beri Bayangan Rumah Tangga Sedang Ret4k? Isteri Pertama ‘Repost’ Video Tentang Pengorbanan Tak Dihargai

Tindakan isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari yang mengulang siar atau ‘repost’ sebuah video mengenai pengorbanan telah mencuri perhatian netizen.

‘Belum tentu dihargai’

Video yang dimuat naik di TikTok itu menjelaskan tentang pengorbanan yang dilakukan seseorang belum tentu akan dihargai oleh orang lain.

Sebaliknya, setiap manusia perlu mencintai diri sendiri untuk mendapatkan satu kehidupan yang lebih indah.

Kesimpulannya dalam hidup ini, apa yang kita buat dan korbankan untuk orang lain belum tentu dihargai.

Jadi, mula mencintai diri sendiri dan lebih mencintai. Kehidupan akan menjadi lebih menarik dan indah untuk anda.

Sementara itu, video tersebut juga menggunakan lagu berjudul Ketulusan Hati nyanyian Anuar Zain sebagai muzik latar.

Terdahulu, Abang Tesla akui sudah malas bermain media sosial disebabkan ada segelintir pihak yang bersikap batu api sehingga menyebabkan keretakan rumah tangganya.

Justeru, Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam Yusry, 29, meminta pihak yang ingin melihat rumah tangganya musnah segera bertaubat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tikok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*