Rakan selebriti yang rapat dengan Syamsul Yusof, Salina Saibi mendedahkan pengarah itu ada memaklumkan kepadanya bahawa dia berada dalam keadaan baik.
Bersahabat lama sejak filem Bohsia, kata aktres berusia 42 tahun itu, mereka jarang berjumpa namun banyak berkomunikasi menerusi direct message.
Dia selalu cakap dengan saya jangan risau, dia okay. Dia ada kata sebagai manusia tak lepas daripada buat kesilapan. Dia masih sayangkan keluarganya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Syamsul.
Salina akui terkejut dan sedih mendengar berita kemelut rumah tangga sahabatnya itu namun mendoakan agar segala urusan Syamsul dipermudah.
Tambahnya, dia sebagai kawan lama mereka sering bertanyakan khabar masing-masing dan dia sendiri selalu berpesan agar Syamsul mencari jalan yang terbaik walau apa pun yang berlaku.
Sukar nak gambarkan apa perasaan saya selepas mendengar berita tentang Syamsul. Saya hanya berharap urusan dia dipermudah, mungkin ada hikmah tersembunyi. Apabila berlaku perkara begini (perceraian) dalam hidup dia, sebagai kawan sudah tentu saya terasa.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : beautifulnaara
Leave a Reply