Yusof Haslam kesal kenyataan isteri disalah tafsir, sedih dengar berita Syamsul dan Ira Kazar mahu bercerai

PENGARAH dan penerbit Datuk Yusof Haslam memberitahu dia reda dengan nasib yang menimpa rumah tangga anakya iaitu pelakon Syamsul Yusuf dan isteri Ira Kazar.

Tiada istilah gembira mendengar perkhabaran itu, sebaliknya Yusof, 71, berkata dia dan isterinya iaitu Datin Patimah Ismail terkejut dan bersedih dengan apa yang berlaku.

“Saya cakap terus terang ada orang kata ia berita gembira. Sebenarnya saya serahkan segala apa yang berlaku itu sebagai ketentuan Tuhan.

Yusof kesal kenyataan isterinya disalah tafsir.

“Pagi tadi pun isteri saya senyap saja. Jangan anggap saya dan isteri gembira dengan perkhabaran itu. Kami reda dengan apa yang berlaku.

“Jangan salah faham ada yang kata saya tepuk tangan, saya tiada niat begitu pun. Itu pilihan dia dan sudah berlaku pun,” katanya.

Yusof mengulas perkara itu ketika ditemui di sidang media pertama Festival Filem Malaysia (FFM) ke-33 di Hulu Kelang, Selangor pada Selasa.

Dalam pada itu, Yusof turut berasa kesal apabila kenyataan isterinya turut dimanipulasi pihak tertentu.

Kata Yusof mampu mendoakan yang terbaik but semua pihak dan berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik.

“Kadang-kadang apa yang dilontarkan isteri saya disalah tafsir dan dimanipulasi. Tiada istilah benci-membenci.

“Saya tak mahu komen lebih sebab saya tak mahu lukakan hati mana-mana pihak. Biarlah mereka uruskan masalah ini dengan baik.

“Apa pun saya tetap doakan yang terbaik but mereka dan mudah-mudahan mereka bawa haluan yang terbaik dalam kehidupan mereka.

Syamsul dan Ira bernikah pada Januari tahun lalu.

Sebelum ini, Syamsul dilaporkan telah memfailkan penceraian terhadap isterinya Ira pada Isnin lalu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais apabila Syamsul membuat permohonan cerai dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur Selangor.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*