Kanak-Kanak Perempuan Usia 10 Tahun Hilang Ditemui M4ti Di Kawasan Berpaya

Seorang kanak-kanak perempuan, Nuraina Humaira yang hilang pada Jumaat lalu ditemukan maut di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu pada Sabtu.

Memetik laporan Berita Harian, Nuraina yang baru berusia 10 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring setelah dilaporkan hilang ketika bermain di sekitar perkampungan terbabit.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin di mana pihak mereka sebelum ini menerima maklumat kehilangan kanak-kanak itu yang didakwa tidak pulang sejak jumaat.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Sinar Harian (@sinarharian)

Susulan daripada itu, satu gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan.

Setakat ini, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil keputusan bedah siasat.

Mangsa dikatakan pulang tangan kosong kerana kehabisan ayam di kedai, sebelum bapa saudara mangsa kemudiannya ke kedai lain bagi membeli ayam sementara mangsa ditinggalkan bermain di taman permainan berhampiran kawasan itu.

Mangsa dikatakan hilang sejak dari itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : sinar harian

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*