“Dimanakah Akal Fikiran Anda?” – Adik Allahyarham Nidza Afham Bengang Diminta Buat IG ‘Review’ Saat Masih Berduka

Penyanyi Aufahanie yang juga adik kepada Allahyarham Nidza Afham yang meninggal dunia baru-baru ini meluahkan rasa berang apabila wujud beberapa wakil jenama yang mendesaknya untuk membuat ulasan produk di media sosial.

Jelas Aufa, akaun media sosialnya mendapat perhatian setelah berdepan detik kehilangan abangnya yang juga penyanyi dan YouTuber.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Aufahanie (@aufahaniee)

Saya cuba untuk tidak memperbesarkan perkara in. Tetapi makin lama makin banyak pula jenama yang DM (mesej) saya untuk buat kempe dan ‘review’ produk mereka.

Saya baru kehilangan ahli keluarga. Akaun saya dicari untuk perkembangan abang saya. Bukan saya viral sebab benda lain.

Aufahanie berang dipaksa reviu produk

Di manakah akal fikiran anda? mesej saya untuk beri kempen kerana ‘engagement’ saya sedang tinggi sekarang demi kepentingan jenama anda.

Tambahnya lagi, wakil jenama tersebut seolah-olah mendesaknya untuk bekerjasama dengan mereka.

Berikutan itu, dia meminta agar pihak yang terlibat untuk bertindak lebih profesional dan tidak memaksa dirinya di saat masih lagi bersedih atas kehilangan orang tersayang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*