Selamat Tiba Di Malaysia, 41 Pesakit Warga Pale$tin Akan Dirawat Di HAT Tuanku Mizan

Malaysia terus komited melaksanakan misi kemanusiaan dalam membantu 41 pesakit warga Pale$tin yang akan ditempatkan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Seramai 41 rakyat Pale$tin yang cedera telah dibawa ke Malaysia selain diiringi 86 orang waris, hari ini.

Antara mereka adalah kanak-kanak, remaja dan dewasa yang mana telah melalui proses dokumentasi menerusi Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri.

41 pesakit warga Pale$tin akan dirawat

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini mereka ditempatkan sementara di Hangar Nombor 16 Skuadron, Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia yang dijadikan sebagai Mini Hospital (Medical Staging Area).

Beliau berkata, pesakit yang dibawa ke Malaysia telah melalui proses tapisan yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK), ATM bagi memastikan setiap daripada mereka boleh melalui penerbangan yang panjang.

“Antara rawatan yang diberikan kepada pesakit termasuklah patah dan kehilangan anggota badan terutamanya kaki dan tangan, luka parah di kepala, kecederaan mata dan lain-lain penyakit serta kecederaan yang berpanjangan kesan daripada akses kepada kemudahan kesihatan yang terhad,”ujar beliau.

Katanya lagi, sebanyak 26 buah ambulan telah disediakan untuk membawa pesakit dari lapangan terbang ke hospital, serta sebuah bas dan 8 buah van untuk membawa waris dari transit ke hospital.

Terdahulu, seramai 127 orang rakyat Pale$tin dilaporkan tiba di Pangkalan Udara Subang (PU Subang), hari ini.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengaturgerakkan dua buah pesawat A400M bagi membawa pulang rakyat Pale$tin yang cedera untuk menerima rawatan di Malaysia dari Kaherah, Mesir ke Malaysia.

Bukti Malaysia komited terhadap misi kemanusiaan rakyat Pale$tin

Misi ini dilaksanakan atas pertimbangan kemanusiaan serta rasa kebersamaan Malaysia dengan menyediakan bantuan perubatan kepada rakyat Pale$tin yang tercedera akibat konflik.

Langkah ini mencerminkan komitmen Malaysia terhadap bantuan kemanusiaan dan sokongan kepada rakyat Pale$tin.

Misi ini telah melibatkan seramai 75 pegawai dan anggota ATM serta agensi awam merangkumi krew penerbangan, anggota TUDM dan Aeromedical Team dari Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM (BPK).

Antara pihak yang banyak membantu adalah Pejabat Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Kedutaan Mesir dan Kedutaan Pale$tin di Malaysia serta lain-lain jabatan kerajaan.

Turut hadir bersama ke Majlis Penerimaan Pesakit Rayat Pale$tin di Malaysia adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan mewakili Panglima Angkatan Tentera, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Seri Isham bin Ishak, Panglima Tentera Udara; Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta wakil embassador Kedutaan Mesir dan Pale4tin, pegawai kanan ATM dan Kementerian Pertahanan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : OMM

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*