[VIDEO] Fitn4h Ibu Aliff Aziz, Wanita Tampil Mohon Maaf – ‘Benda Tu Bukan Original Daripada Saya, Peace No War’

Seorang wanita yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Hafiza akhirnya tampil memohon maaf.

Video permohonan maaf

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S Hafiza Basharahil (@fizaaziz)

Hafiza atau nama lengkapnya Siti Hafiza Basharahil telah berkongsi video permohonan maaf yang diterima daripada individu terbabit.

Wanita tersebut mengaku akan kesilapan yang dilakukannya sehingga menimbulkan fitnah terhadap Hafiza sekeluarga.

Benda tu bukan original daripada saya, saya screenshot daripada artikel di Facebook sebelum kongsikan di TikTok.

Saya minta maaf.

Sementara di ruangan kapsyen, Hafiza meluahkan rasa terkilan dan kecewa terhadap sikap segelintir individu yang sanggup menabur fitnah terhadap seseorang hanya untuk meraih perhatian ramai.

Ini lah padahnya apabila kita taksub dengan followers, likes dan isu viral dan sanggup menabur fitnah kepada orang lain yang awak sendiri tak kenal.

Kasihan ibu ayah awak yang sudah pastinya mendidik awak dengan sempurna tapi kena mahu terkenal di media sosial, awak mencalarkan nama mereka.

Sebelum ini, Hafiza meluhkan rasa berang dengan kenyataan seorang individu yang mendakwa dia telah meminta bekas menantunya Bella Astillah untuk menyerahkan salah seorang anak mereka kepada Aliff.

Sekadar info, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016.

Bagaimanapun pasangan itu akhirnya bercerai buat kali kedua pada 13 Jun lalu dan Aliff bersetuju untuk memberi hak penjagaan anak mereka iaitu Ayden Adrean, 7, serta Ara Adreanna, 4, kepada Bella.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :: Instagram Siti Hafiza

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*