“Itu Bukan Saya” – Jual Periuk Di FB, Khairul Aming Dedah Jadi Mangsa Manipulasi ‘Scammer’ Ai

Usahawan dan pensohor media sosial, Khairul Aming memaklumkan dia sekali lagi menjadi mangsa penipuan individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan aplikasi Artificial Intelligent (AI).

Perkara itu dikongsi Khairul Aming menerusi hantaran media sosial miliknya di mana suaranya digubah oleh individu itu menggunakan teknologi kecerdasan buatan bagi tujuan ‘scam’.

Berikutan itu, Khairul Aming berpesan agar orang ramai untuk berhati-hati dan tidak mudah tertipu kerana suara dalam video ‘scam’ itu bukanlah dirinya yang sebenar,

Fitnah dah makin berleluasa. Please tolong report scammer yang salah guna muka dan suara orang untuk menipu orang ramai. KA tak jual barang-barang selain dari sambal nyet dan dendeng nyet sahaja.

Hari tu bermula dengan Photoshop. Sekarang sampai suara aku pun jadi AI.

Terdahulu, Khairul Aming pernah menjadi mangsa pengubahsuaian wajah melalui perisian komputer Photoshop di mana dia dilihat menjual barangan elektronik di Facebook.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*