Penyanyi Aufahanie mendedahkan jika bukan kerana teman wanita Nidza Afham, mereka sekeluarga tidak tahu bahawa abangnya itu hilang.
Kata Aufa lagi, kekasih Nidza dikenali sebagai Hazmiera kini berada dalam keadaan tidak stabil kerana masih terkejut dengan berita pemergian penyanyi itu.
Disebabkan Hazmiera jugalah, keluarga Nidza bertindak pantas mencari penyanyi itu sejak awal pagi Rabu.
Dia (Hazmiera) tidak jangka langsung dan dia adalah orang terakhir dapat mesej daripada abang dan orang pertama tahu dia hilang.
Kalau bukan sebab dia, kami sekeluarga pun tak sedar arwah hilang tapi disebabkan teman wanitanya, kami bertindak pantas mencarinya. Keadaan dia tidak stabil dan beremosi, dia sekarang ada dengan ibu kami.
Dalam pada itu, Aufa berkata tiga ahli keluarganya iaitu bapa, adik dan abang iparnya telah dipanggil oleh pihak polis untuk memberikan keterangan.
Aufa juga turut memberi respon tentang dakwaan bahawa kad debit abangnya yang hilang dari beg dompet telah dijumpai di rumah.
Berkenaan kad debit, saya sendiri tak ada maklumat tentang itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : beautifulnaara
Leave a Reply