Usahawan sensasi, Kieda Crepe memaklumkan kembar tiga dalam kandungannya mengalami keguguran.
Setelah sekian lama menunggu kehadiran cahaya mata dalam perkahwinan, Kieda dan suaminya menerima berita duka itu dengan pasrah.
Perkara tersebut turut diuar-uarkan Kieda menerusi satu hantaran di TikTok miliknya.
@kiedacrepepenang It hurt 💔 Semoga diri ini kuat. @AMY KIEDA MERCHANDISE 😭
Difahamkan, dia mempunyai masalah kantung terbalik dan keadaan itu menyukarkan doktor untuk memeriksa bayi dalam kandungan.
Patutlah alah semakin hilang, rupanya jantung baby sudah berhenti. Anak-anak ibu sudah tinggalkan ibu.
Jelas Kieda lagi, kantung bayi yang pertama dan kedua juga sudah semakin mengecil manakala bayi ketiga mengalami pembesaran normal namun degupan jantung sudah tidak didengari.
View this post on Instagram
Hanya sempat bertahan selama 10 minggu 6 hari, Kieda dilihat mengucapkan terima kasih kepada anak-anaknya dan berharap dapat bertemu di syurga kelak.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : tiktok
Leave a Reply