Seorang lelaki yang juga merupakan abang kepada penyanyi, Aufahanie dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya selepas tidak pulang ke rumah setelah keluar jogging pada jam 7.58 malam tadi.
Hal tersebut dikongsikan beberapa ahli keluarga menerusi hantaran di platfrom X dan Facebook dan lelaki berkenaan dikenali di TikTok kerana sering membuat konten menyanyi.
Assalamualaikum. Saya perlukan bantuan warga Malaysia. Adik ipar saya, Nidza Afham hilang. Lokasi last phone & dompet di temui atas jambatan Sungai Klang. (sebelah jambatan baru). Dia keluar jogging dalam 7.58pm (indrive) ke Stadium Klang.
Jumpa dompet dan telefon bimbit atas jambatan
Difahamkan, lelaki itu sempat menghabiskan lariannya dan membalas mesej pada jam 9.04 malam. Namun pada 9.13 malam, mesej tidak dibalas semula.
Pada jam 11.53 malam, keluarga dapat menjejaki telefon bimbitnya berada di jambatan namun apabila tiba, hanya handphone tersebut dan dompetnya dijumpai. Keluarga kemudian membuat laporan polis.
Kami dah check phone, tak ada unsur bergaduh atau hutang ahlong. Semua dalam keadaan baik. Adik saya juga telah habiskan lariannya. Moga dapat doakan keselamatan adik saya dan segera ditemui dalam keadaan selamat.
Kami dah check phone, tak ada unsur unsur bergaduh/loan shark
Semua dalam keadaan baik. Adik I finished his running too
Moga kalian dapat doakan keselamatan adik saya & segera ditemui dalam keadaan selamat. Amin Ya Rabb pic.twitter.com/IbI2SkdU4L
— Efahanie (@efaperfume) August 13, 2024
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : beautifulnaara
Leave a Reply