JAIS Tarik Semula Tauliah Mengajar Di Negeri Selangor, Ini Respon Ustaz Don – “Seperti Biasa, Ustaz Akur…”

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengumumkan bahawa tauliah mengajar pendakwah terkenal, Don Daniyal Don Biyajid di negeri itu ditarik balik.

Keputusan penarikan tauliah mengajar Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dibuat berdasarkan kuasa jawatankuasa mengikut subseksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang dibaca bersama perenggan 17(d) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Agami Group (@agamigroup)

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohd Shahzihan Ahmad turut berkata, Don diberikan tempoh 14 hari untuk merayu berkuat kuasa daripada surat penarikan tauliah diterimanya.

Akur dengan keputusan…

Sementara itu, pendakwah berusia 40 tahun berkenaan dikatakan menerima dan mengambil positif keputusan Jais.

Pengurusnya Ana berkata, Don akur dengan keputusan Jais seperti dimaklumkan dalam kenyataan dikeluarkan.

Dah keluar pun ‘write-up’ itu. Seperti biasa, ustaz (Don Daniyal) akur dengan keputusan. Terima kasih.

ustaz Don

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*