Remaja 14 Tahun Menyamar Jadi Doktor Pernah Terima Rawatan Psikiatri, Tak Jalani Rawatan Susulan

Remaja 14 tahun yang ditahan selepas seminggu menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang pernah menerima rawatan psikiatri pada Mac lepas.

remaja 14 tahun ditahan menyamar jadi staff hospital serdang

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, maklumat itu dikongsi sendiri oleh ahli keluarga remaja terbabit ketika disoal siasat.

Bagaimanapun dia difahamkan tidak menjalani rawatan susulan menyebabkan fikiran dan emosinya terganggu.

Kita akan mendapatkan laporan penuh (rekod rawatan psikiatri) daripada pihak hospital. Kami difahamkan, remaja itu juga sudah tidak bersekolah.

remaja menyamar doktor

Remaja itu akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi sesi kaunseling sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

Hussein bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada siasatan polis menjurus ke arah kecuaian pihak hospital atau pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Kita masih berbincang dengan pihak hospital terutama dalam urusan mengetatkan prosedur keluar masuk ke hospital itu terutama di kawasan sensitif.

Ketua Polis Selangor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*