Hampir Setahun Hilang, Rupanya May4t Tanpa Kepala & Tangan Milik Ustazah Istiqomah

Terdahulu, kecoh di media sosial seorang wanita, Istiqomah Ahmad Rozi telah dilaporkan hilang di sebuah pasaraya di Johor Bahru, pada pada 26 Disember 2023 yang lalu.

Mayat tanpa kepala ditemui milik Ustazah Istiqomah

Baru-baru ini, menerusi laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui di dalam tong sampah disahkan milik Istiqomah Ahmad Rozi.

Mayat tersebut telah ditemui di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah, Melaka pada 31 Disember tahun lalu. Namun, selepas hasil siasatan dan ujian DNA, pihak polis baru mengesahkan bahawa mayat tersebut sepadan dengan Istiqomah.

ustazah istiqomah

Pasangan suami isteri ditahan

Risikan yang dijalankan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah Melaka dengan kerjasama daripada Jabatan Siasatan Jenayah Johor telah berjaya menahan sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak.

Difahamkan, kedua-dua individu telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 6 sehingga 12 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ustazah istiqomah

Beberapa orang rakan pendidiknya, telah menyampaikan ucapan takziah, serta mendoakan semoga pemergian Cikgu Istiqomah mendapat pembelaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*