“Main Kotor! Shame On You Wakil France” – Halang & Himpit Azizulhasni, IG Rayan Helal Teruk ‘Diserang’ Netizen Malaysia

Sedia maklum, pemain trek berbasikal, Datuk Azizulhasni Awang yang juga dikenali sebagai The Pocket Rocket Man telah disingkirkan serta merta kerana didakwa memotong pacer sebelum pacer keluar trek.

Instagram pemain Perancis teruk diserang

Jelas Azizulhasni, dia meningkatkan kelajuan kerana dirinya dihalang dan dihimpit oleh pemain Perancis iaitu Rayan Helal sebanyak dua kali, hingga hampir membuatnya terjatuh.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Rayan Helal (@rayan_helal)

Susulan penjelasan yang dibuat oleh pemain berusia 36 tahun itu, netizen Malaysia tidak menunggu lama untuk ‘menyerang’ Instagram milik Rayan Helal.

Tutup komen, enggan ada komen negatif

Barangkali sedar dirinya kini menjadi sasaran kecaman, Rayan telah menutup ruangan komen serta aktifkan limited comment agar tiada komen-komen negatif di Instagramnya.

komen

Bagaimanapun, ada juga beberapa netizen yang sempat meninggalkan komen kecaman terhadap pemain Perancis itu yang dianggap melakukan trick kotor serta berharap agar dia tidak berjaya di Sukan Olimpik kali ini.

azizulhasni awang tersingkir

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*