Cium & Minum Air Cuci Kaki Ibu ‘Rahsia’ Rizki Juniansyah Menang Emas Di Olimpik

Jaguh angkat berat Indonesia, Rizki Juniansyah mencuri tumpuan ramai selepas berjaya merangkul pingat emas dalam acara angkat berat kategori 73 kilogram (kg) di Sukan Olimpik Paris, baru-baru ini.

Minum air kaki ibu rahsia menang emas

Susulan daripada kemenangan itu, ramai yang tertanya-tanya apakah tips yang dilakukan badang Indonesia itu sehingga berjaya melakukan angkatan 354 kg secara keseluruhan meliputi angkatan ‘snatch’ 155 kg dan ‘clean and jerk’ sebanyak 199 kg.

Menerusi laporan yang dipetik media Indonesia, kejayaan itu sedikit sebanyak dibantu dengan ‘ritual’ yang dilakukan Rizki dengan cara meminum air basuhan kaki ibunya sebelum memulakan sesuatu pertandingan.

Sebelum saya mengikuti apa-apa kejuaraan, saya akan mencuci tangan dan kaki ibu dengan air lalu saya minum air basuhan itu.

Saya ada dalam rahim mama, mama yang terbaik. Setiap kali saya cium kaki dan cuci kaki mama serta meminumnya, alhamdulillah selalu diberkati.

Sementara itu, ibu Rizki iaitu Yeni Rohaeni mendedahkan anaknya yang berusia 21 tahun telah mencuci kakinya sebelum berangkat ke Sukan Olimpik.

Ya betul, dia selalu minta doa serta melakukan ritual mencuci kaki saya sebelum diminum.

Untuk info, Yeni Rohaeni juga adalah atlet angkat berat dan begitu juga ayah Rizki, Mohammad Yasin yang juga bekas atlet angkat berat kebangsaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :: JPNN, Kumparan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*