[VIDEO] Faisal Halim Buat Persiapan Untuk ‘Comeback’, Netizen Ibaratkan Seperti Burung Phoenix – ‘Jatuh Satu Kali, Bangkit Lima Kali’

Pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim yang membuat kemunculan di separuh akhir kedua Piala FA menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Sabtu lalu meraih sokongan penuh peminat.

Faisal Halim buat ‘comeback’

Baru-baru ini, tular video Faisal sedang melakukan beberapa senaman untuk menguatkan kembali staminanya.

Menerusi hantaran di TikTok Khansem, senaman tersebut adalah sebagai persiapan untuk membuat kemunculan semula.

Faisal Halim, comeback journey.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kesungguhan dan semangat Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey untuk kembali beraksi di padang bola sepak.

Sesuai lagu Rocky Balboa ni untuk Mickey bangkit semula. Jatuh satu kali, bangkit lima kali, bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu.

Padu. Kalau hati tak kuat, goyang dek. Alhamdulillah tak sampai setahun kembali semula berlatih.

Dah boleh minta Steven pengarah Paskal buat filem… Faisal Halim: Untold Story.

Meskipun sekadar di bangku simpanan pada perlawanan separuh akhir, Faisal yang mengenakan topeng khas mendapat sorakan gemuruh peminat selepas pulih daripada kecederaan lecur akibat simbahan asid pada awal Mei Lalu.

Kemenangan 4-1 menentang Terengganu FC (TFC) melayakkan Selangor FC ke final Piala FA musim ini.

Malah, peminat Faisal juga meluahkan hasrat untuk melihat dirinya kembali bermain pada perlawanan final Piala FA tersebut.

@khanphysioo

Faisal Halim 🇲🇾 comeback journey #FH7 #selangorfc❤️💛 @Selangor FC @faisal halim

♬ Bill Conti Gonna Fly Now – reeltemplates.pro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :: TikTok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*