TIADA lagi kontroversi melibatkan rumah tangga, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dilihat mencari ketenangan dengan mendalami ilmu agama.
Ia susulan seorang pendakwah iaitu Ustaz Haji Taufik berkongsi kehadiran Aliff ke salah satu masjid di Singapura menerusi akaun TikTok miliknya.
Menerusi video tersebut, Aliff dilihat bersedia untuk menjamah hidangan bersama beberapa orang rakan jemaahnya.
Aliff Aziz sertai tabligh lagi, keluar selama tiga hari
Dalam hantaran yang dibuat di TikTok itu, Ustaz Haji Taufik atau lebih dikenali sebagai Ustaz UT, dia berharap orang ramai dapat berfikir, mendoakan yang baik-baik agar pengakhirannya akan menjadi baik juga.
Dia turut berkongsi pesanan yang pernah dinyatakan alim ulama berkenaan dunia ini tiada orang jahat melainkan mereka-mereka yang tersalah memilih suasana.
“Ulama beritahu: Hakikatnya di dunia ini tiada orang jahat sebenarnya, tetapi mereka yang tersalah memilih suasana,” tulisnya.
Aliff Aziz sertai tabligh lagi, makan bersama para jemaah
Dalam perkongsian yang lain, Aliff Aziz juga dilihat makan bersama jemaah-jemaah yang lain di dalam satu dulang yang sama.
Kapsyen yang dinyatakan turut meminta supaya tidak menghakimi seseorang hanya melalui apa yang didengar sebelum ini.
“Kalau kamu ada akal dan mata, kenapa kamu lihat dan hukum atas manusia hanya dengan telinga?” tulisnya.
Drama siri keberapa pulak ni?
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila ada diantara mereka merasakan apa yang dilakukan oleh Aliff sebagai ‘wayang’ sahaja.
Memang banyak ujian nak berubah
Namun begitu, ramai memilih untuk mendoakan yang terbaik buat pelakon drama Terjerat berkenaan supaya istiqomah dan tidak tergoda dengan perkara-perkara yang boleh membawanya ke arah kontroversi semula.
Semoga Aliff dilindungi oleh Allah
Dunia ni hanya sementara
Untuk rekod, Aliff dan Bella Astillah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Selepas melafazkan cerai, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anak iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun kepada Bella.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :: TikTok Ustaz Haji Taufik
Leave a Reply