Photoshoot Di Landasan, Pengantin Ny4ris Dil4nggar Kereta Api

Tular di media sosial satu video memaparkan sepasang pengantin hampir nyaris dilanggar kereta api ketika sedang melakukan penggambaran pre wedding di Guillemard Bridge Tanah Merah, Kelantan.

Menerusi satu perkongsian di X, Update Info Malaysia telah memuat naik video memaparkan pasangan tersebut pasangan tersebut bersama jurugambar mereka sedang beredar dari laluan rel keretapi.

Pasangan pengantin nyaris dilanggar kereta api

Pada masa yang sama, kereta api tersebut juga telah membunyikan hon dalam tempoh yang lama, bagaimanapun kelihatan pasangan tersebut masih berjalan perlahan-lahan.

Manakala, hanya jurugambar yang kelihatan berlari untuk mengelakkan daripada menghalang laluan kereta api tersebut sambil meminta pasangan tersebut untuk bergerak dengan lebih cepat.

nyaris dilanggar kereta api

Individu yang mengambil rakaman kejadian juga kedengaran menggesa pasangan tersebut untuk bergerak ke tepi landasan untuk memberikan laluan kepada kereta api itu.

Bagaimanapun, pasangan tersebut seakan-akan tidak faham dengan bahaya yang mereka hadapi dan sempat bergelak tawa walaupun masih menghalang laluan kereta api.

Pengantin wanita itu pula berhenti di hujung landasan sehingga menyebabkan kereta api terpaksa diperlahankan dan diberhentikan bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bengang dengan pasangan tersebut kerana walaupun berada dalam keadaan bahaya, mereka tetap tidak mempercepatkan langkah.

Boleh pula jalan santai, kita yang sakit hati

Tidak cukup dengan itu, ramai juga netizen yang menyindir pasangan tersebut dengan mencadangkan agar mereka memilih untuk tidak mempunyai anak.

Dalam pada itu, ada juga warganet yang mencadangkan agar tindakan undang-undang diambil terhadap pasangan tersebut kerana telah menceroboh kawasan landasan selain menganggu perjalanan.

Aduh akak, nampak macam tak pakai heels pun. Rasanya boleh je berlari, paling tak jalan laju….

VIDEO

@

♬ –

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*