BERPELUANG memandikan jenazah Jay Jay, penyanyi Datuk Hattan berkongsi momen indah membantu menguruskan perjalanan terakhir sahabatnya itu.
Berkongsi momen itu, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 59, berkata kulit arwah dilihat sangat bersih dan licin.
“‘Waktu saya mandikan jenazah Jay Jay, kulitnya sangat licin dan bersih.
Ramai rakan artis lain turut hadir memberikan penghormatan terakhir.
“Macam kulit budak-budak saya tengok. Bersih betul keadaan arwah, Alhamdulillah,” katanya.
Hattan berkongsi perkara itu ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Subang Jaya, Selangor pada Isnin.
Kata Hattan kali terakhir mereka bertemu di sebuah acara di Kota Bharu Kelantan.
Ketika itu, Hattan memberitahu Jay Jay kelihatan lemah dan nampak tidak sihat.
“Kali terakhir kerjasama dengan dia sewaktu kami buat show sama-sama di Kota Bharu, Kelantan sekitar enam bulan lalu. Persembahan untuk majlis perkahwinan anak rakan kami.
“Ketika itu nampak badannya memang sudah sedikit susut, macam tak sihat. Kalau tanya, dia jawab okay sahaja. Kelihatan tenang dan santai,” ujarnya.
Menurut Hattan, pada awalnya dia agak terkejut menerima perkhabaran pemergian Jay Jay memandangkan arwah seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat.
“Masa dengar berita kematian dia memang terkejut gila. Setahu saya dia mengamalkan hidup sihat, selalu berjogging, amat terasa kehilangan dia
Macam kulit budak- budak saya tengok.
DATUK HATTAN
PENYANYI
“Dia seorang sahabat yang sangat baik, saya tak pernah jumpa orang yang sebaik dia, boleh disebut ‘legend yang baik’.
“‘Banvak juga jasa dia kepada sava dalam kerjava seni saya. Dia banvak main bass untuk lagu-laqu dan konsert sava. Terlalu banvak jasa arwah.” jelasnva.
Pada 23 Mei lalu, Jay Jay menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
Selepas menjalani pembedahan, penyanyi berkenaan diserang angin ahmar dan meneruskan rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.
Pemergian Allahyarham turut dirasai seluruh penggiat seni tanah air.
Allahyarham disahkan meninggalkan dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada jam 9.27 malam Ahad.
Allahyarham meninggalkan empat orang cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.
Sumber: mstar
Leave a Reply