[VIDEO] Datuk Red Perkenal Bekas Isteri Pertama & Suami Kepada Adira

Meskipun sudah berpisah, usahawan yang kini bergelar pempengaruh iaitu Datuk Red dilihat tetap menjaga hubungan baik bersama bekas-bekas isterinya.

Jumpa bekas isteri pertama

@kedai.cikngah

#fyp #jodoh #abgredvsadira @adirasuhaimi.AMI @abg red

♬ Cinta Tak Dibalas Cinta – Indah Aqila

Terbaharu, tular satu hantaran yang dimuat naik @kedai CikNgah memaparkan foto mesra Datuk Red dan Adira bersama seorang wanita dan seorang lelaki yang sedang memakai topi berwarna merah yang dijual usahawan berkenaan.

Difahamkan, wanita tersebut adalah bekas isteri pertama yang dikenali sebagai Cik Hanaa manakala lelaki berkenaan adalah suami baharu kepada wanita itu.

Datuk Red kenalkan bekas isteri pertama dan suami baharunya (kepada Adira).

Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya berpendapat raut wajah suami baharu Cik Hanaa persis seperti Datuk Red.

Komen netizen

Terdahulu, Datuk Red didakwa menceraikan Cik Hanaa tidak lama selepas dia mendirikan rumah tangga kedua bersama Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.

Status isteri pertama kemudian diberikan kepada Datin Red selepas Datuk Red berpisah dengan Cik Hanaa.

Datuk Red kemudiannya berkahwin kali ketiga dengan penyanyi Adira Suhaimi di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan Datin Red.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :: TikTok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*