Syamim Farid Tak Sangka, Angan-angan Sejak Kecil Mahu Bergelar Puteri Raja Jadi Kenyataan

Pelakon jelita, Toh Puan Syamim Farid tak sangka impian sejak dibangku sekolah mahu menjadi puteri raja akhirnya menjadi kenyataan.

Tidak berselindung, Syamim atau nama penuhnya Syamim Mohd Farid berkata, sejak kecil dia memang berangan-angan mahu bertemu jodoh dengan kerabat diraja.

Namun, dia tidak menyangka, angan-angannya dulu menjadi kenyataan selepas bertemu jodoh dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari.

Syamim Farid tak sangka impian jadi kenyataan

Menerusi podcast Girl Math, Syamim mendedahkan sejak dibangku sekolah lagi dia sudah menyimpan cita-cita tersebut.

“Masa belajar dulu, cikgu ada tanya dah besar nanti nak jadi apa?

“Orang lain semua jawab nak jadi doktor, jurutera tapi saya tak, saya jawab saya nak jadi puteri raja. Orang lain semua terkejut,”ceritanya.

Suka tengok kisah berunsurkan diraja

Dalam pada itu, Syamim turut memberitahu dia juga gemar menonton filem dan program televisyen yang memaparkan tentang kisah raja-raja.

“Ketika kecil dan bila berada di rumah nenek, saya suka main buaian. Ada satu filem P. Ramlee.. ada lagu nak kahwin dengan anak raja.

“Saya suka nyanyi lagu itu kerana gemar menonton filem tersebut semasa kecil.

“Ramai yang suka tengok kartun, tapi saya suka tengok rancangan yang tayang tentang raja contohnya seperti pertabalan,”katanya lagi.

Sekadar info, aktres berusia 33 tahun itu mendirikan rumah tangga bersama Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari pada tahun 2016. Namun, masih belum dikurniakan rezeki zuriat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : OMM

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*