Pesawat ringan terhemp4s, menjunam atas banglo terbiar… Juruterbang m4ut

SEBUAH pesawat kecil terhempas mengorban seorang juruterbang dalam kejadian pada Sabtu.

Insiden berlaku selepas pesawat tersebut menjunam ke dalam sebuah banglo terbiar berhampiran lapangan terbang Best Ocean Airpark, Samut Sakhon di Bangkok.

Mangsa dikenal pasti sebagai Pudis Supawatankul yang juga merupakan tenaga pengajar penerbangan berpengalaman.

Laporan awal mendapati pesawat itu menghadapi kesukaran sejurus berlepas dan cuba untuk kembali ke lapangan terbang.

Akibat kemalangan, pesawat dan banglo berkenaan terbakar.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kemalangan, dengan teori awal sama ada disebabkan kegagalan enjin atau terbang pada ketinggian terlalu rendah.

Pasukan penyelamat dan polis berada di tempat kejadian dan siasatan penuh terhadap keadaan sekitar nahas maut sedang dijalankan. -The Star

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*