PELAKON Ben Amir berdepan detik mencemaskan apabila dia sukar bernafas ketika mendaki ke Dzongla melalui Cho La Pass.
Gara-gara kejadian itu, Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 34, memberitahu dia terpaksa menghentikan misi pendakian Gunung Everest itu.
“Kecemasan perubatan! Dalam perjalanan melalui Cho La Pass, badan saya menyerah kalah.
Ben kini sedang dirawat di hospital
“Saya tidak boleh bernafas dan dinasihatkan untuk memanggil pasukan pemindahan penyelamat helikopter.
“Dari sini saya akan dirawat di International Hospital Travel & Mountain Medicine Centre di Kathmandu. Saya minta maaf, saya gagal,” katanya.
Ben berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada petang Sabtu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar aktor itu segera pulih.
“Tiada apa yang perlu dimaafkan. Awak sudah melakukan yang terbaik! Bagus Ben dengar cakap badan, jaga diri Ben supaya jangan terlampau paksa atau nanti sakit lebih teruk.
“Awak tidak gagal. Misinya ialah Everest Base Camp (EBC) dan Ben berjaya melakukannya. Kami masih berbangga dengan anda Ben!
Ben gagal menamatkan misi takluk Gunung Everest.
“Semoga cepat sembuh Ben! Sekurang-kurangnya awak dah mencuba dan saya yakin ia adalah satu cabaran dan pengembaraan yang hebat untuk ditakluki! jaga diri baik-baik,” tulis netizen di ruangan komen.
Pada Selasa lalu, Ben berkongsi dia berjaya sampai ke EBC selepas sembilan hari misi pendakiannya bermula.
sumber:mstar
Leave a Reply