[VIDEO] Angau ‘Berdating’ Tepi Landasan, Pasangan Kekasih Nyaris Dilanggar Kereta Api

Baru-baru ini, tular mengenai kisah sepasang kekasih hampir dilanggar kereta api gara-gara asyik bermadu kasih di tepi landasan.

Bercinta tepi landasan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bandung Banget! (@bandung.banget)

Memetik laporan Detik.com, pasangan itu tidak menyedari akan kehadiran kenderaan tersebut yang melalui jambatan Kereta Api (KA) Cisomang, Kabupaten Purwakarta, di Indonesia pada Sabtu.

Menerusi video yang tular memaparkan kedua-dua individu terbabit berada di tepi landasan sambil ‘berdating’ ketika kereta api tersebut sedang melintas.

Namun berjaya menyelamatkan diri selepas pemandu kenderaan tersebut membunyikan hon yang panjang untuk menyedarkan mereka supaya beredar dari situ.

Susulan daripada kejadian itu, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan tidak melakukan sebarang aktiviti berdekatan landasan kereta api kerana ianya bukan sahaja berbahaya malah dianggap melanggar undang-undang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Detik.com, Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*