Kejujuran & Kepercayaan Kunci Kebahagiaan Rumah Tangga Zamarul Hisham – ‘DM IG, Nombor Pin Bank, Semua Diana Tahu’

Pelakon, Zamarul Hisham mendedahkan dia tidak menyimpan sebarang rahsia daripada isterinya, Diana Rafar sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Semua benda Diana tahu

Ketika ditemui portal hiburan!, pemilik nama Zamarul Hisham Mohamed memegang prinsip kepercayaan dan kejujuran menjadi kunci kepada kebahagiaan dalam hidup berumah tangga.

Saya jenis yang tak suka balas DM, Instagram (IG) pun kadang-kadang selang seminggu baru saya ‘upload’ satu posting.

Isteri saya bising, kena buat posting katanya. Begitu juga dengan TikTok, dua tiga hari ja saya rancak selepas itu hilang. Kemudiannya, sebulan saya tak buka.

Jadi kadang-kadang bila DM mesej banyak masuk, isteri saya yang baca tetapi dia tidak balas kecuali rakan-rakan terdekat.

Kalau dia yang buka dia akan tolong balas. Saya dan isteri memang tiada rahsia. Kadang-kadang saya, kadang-kadang dia yang baca.

Telefon bimbit saya memang bersepah, kata laluan akaun saya semua memang tak ada rahsia. Tak tahulah nak kata apa tapi semuanya saya buat ‘based on trust’.

Zamarul berkongsi perkara tersebut ketika ditemui Gempak pada majlis Afyaa Dari Poket Artis ke Poket Artis di Shah Alam, baru-baru ini.

Tambah Zamarul, dia seorang yang tidak gemar untuk membalas mesej dan hantaran di IG kerana lebih suka untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap keluarga.

Saya tak baca DM sebab bagi saya, saya ini pelakon. Saya perlu menjalani penggambaran bila saya berlakon.

Jadi bila selesai sahaja penggambaran sudah tentu saya mahu berehat dan meluangkan masa dengan anak-anak.

Bila tiba masa untuk berehat, saya bukan seorang pelakon dah. Saya lepak dengan anak-anak dan keluarga jadi saya tidak layan benda-benda sebegitu, saya jarang tengok.

Sekadar info, Zamarul mendirikan rumah tangga dengan Diana pada 2009 sebelum bercerai pada 15 Januari 2015.

Walau bagaimanapun, mereka berdua kemudiannya mengambil keputusan untuk rujuk semula sebulan selepas itu.

Untuk rekod, Zamarul dan Diana dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kashfi Haikal, 14, Kayla Reysha, 7, dan Kaydeen Haiqal, 4 tahun sepanjang perkahwinan mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*