Dua Tahun Berlalu, Mahkamah Putuskan Kematian Baby Syifa Bukan Kemalangan – “Tergantung Dalam Buaian Tanpa Pengawasan Pengasuh”

Hari ini, Mahkamah Koroner Seremban memutuskan punca kematian kanak-kanak yang dikenali sebagai Baby Syifa dua tahun lalu bukan disebabkan kemalangan.

che puan khaleeda baby syifaa

Diabai pengasuh

Ketika membacakan keputusan itu, Koroner Datin Surita Budin berkata kematian Nour Rania Asyifaa Yuseri yang ditemui tidak sedarkan diri pusat asuhannya dekat Sendayan adalah disebabkan tergantung di dalam buaian yang ditinggalkan oleh pengasuh.

Kematiannya disebabkan akibat tekanan pada leher dan tekanan ini bersesuaian dihasilkan oleh berat badan si mati apabila lehernya tersangkut di bahagian tepi sisi hujung kain buaian.

kecederaan baby syifa

bapa baby syifa

Tekanan di leher sebabkan kematian

Tambahnya, keadaan itu (tekanan pada leher) akhirnya menyebabkan kematian Baby Syifa dan ia adalah satu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Mahkamah memutuskan kematian si mati bukanlah satu kemalangan atau kecelakaan tetapi terdapat keterangan kukuh yang menunjukkan si mati telah tergantung di dalam buaian disebabkan tindakan atau tinggalan S19 (pengasuh) yang tinggalkannya di dalam buaian tanpa pengawasan yang sewajarnya dalam jangka masa yang munasabah.

Ibu mangsa, Anida Idrus tidak dapat menahan sebak selepas keputusan inkues kes kematian anaknya dilihat memeluk ahli keluarga dan menangis kerana perjuangannya sejak dua tahun lalu akhirnya menemukan keadilan.

ibu baby Syifa menangis di mahkamah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*