Motif Pembunvhan Nur Farah Kartini Didedahkan Ketua Polis Selangor

Sehingga ke hari ini masih kecoh mengenai kes pembunuhan adik Nur Farah Kartini sejak mayatnya dijumpai di Felda Gedangsa, Hulu Selangor baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, motif pembunuhan adalah disebabkan perselisihan hubungan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Hasil siasatan, motif kita percaya ada kaitan dengan perselisihan perhubungan.

Kita (polis) sudah selesai (siasatan) dan dapat arahan tuduh di Mahkamah Kuala Kubu Bharu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terbaru mengenai kes pembunuhan Farah Kartini adalah polis berpangkat Lans Koperal iaitu Muhammad Alif Moniani didakwa di mahkamah beberapa hari lepas.

Keluarga tertuduh masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu kata peguam bela, Nur Aida Md Zainuddin.

Walau bagaimanapun, isteri tertuduh masih belum bersedia untuk tampil dan mahkamah menetapkan tarikh 30 Ogos untuk sebutan semula kes.

sumber: H.Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*