Seorang individu di TikTok baru-baru ini, meluahkan rasal kesal selepas membiarkan doktor memberi suntikan vaksin kepada anaknya.
Rasa buat dosa besar
Katanya, bukan sekadar rasa menyesal, malah turut menganggap ia merupakan satu perbuatan dosa besar yang pernah dilakukan olehnya.
Seriously saya rasa dosa yang paling besar dah tervaksin anak daripada kecil. Sungguh rasa bersalah.
Bahkan, individu tersebut turut mendakwa para doktor dan jururawat mempunyai sasaran dalam memberi vaksin kepada kanak-kanak.
Doktor dan jururawat ada target atau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) secara paksa rasanya. Sebab tu mereka buat kerja secara paksa hasut orang.
Dakwa doktor dan nurse kejar KPI
Bagaimanapun, individu itu tidak memberitahu sama ada vaksin yang diterima oleh anaknya itu adalah vaksin COVID-19 ataupun vaksin yang telah ditetapkan dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan oleh KKM.
Rata-rata netizen yang melihat luahan individu tersebut berasa tidak puas hati kerana menganggap dia ‘mencabul’ hak anaknya bagi mendapat perlindungan kesihatan yang sewajarnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : beautifulnaara
Leave a Reply