Penceramah Ustaz Elyas Ismail menceritakan pengalaman pernah dilalui rakannya yang bertugas di Jabatan Agama Islam ketika membuat serbuan di hotel bajet.
Katanya menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, operasi pencegahan maksiat dilakukan semasa cuti umum seperti sambutan ambang merdeka dan tahun baharu.
Antara pasangan berkhalwat yang pernah ditangkap adalah suami orang dan isteri orang, bos dan setiausaha, serta individu berpangkat besar bersama pembantu peribadi sendiri.
Pasangan pelajar tahfiz
Namun, kes yang paling meninggalkan kesan padanya adalah pasangan pelajar tahfiz yang mengakui ‘bakal berkahwin’ ketika ditangkap.
Kami pecah satu bilik, budak lelaki dengan seluar pendek duk atas katil. Lepastu perasan ada seorang perempuan duk dalam bilik air. Tuan tuan, kalau dah lelaki dan perempuan dalam satu bilik, tak usahlah bersangka baik sangat. Takkan mengaji tajwid.
Pasangan itu kemudian diminta memakai pakaian lengkap untuk dibawa ke balai polis. Mereka juga diminta menghubungi waris masing-masing.
Ketika itulah pihak penguasa tergamam apabila melihat si lelaki mencapai jubah putih dan serban. Si perempuan pula memakai abaya hitam.
@kerusibatunaka #kreditcaliphachannel #ustazelyasismail #kerusibatunaka #kuliahilmu #foryoupage
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : tiktok
Leave a Reply