Usahawan, Kieda Crepe meluahkan rasa sedih apabila ada netizen mengaitkan kesalahannya menggunakan logo Ultras Pahang (Elephant Army) dengan arwah bapa.
Difahamkan, komen itu ditinggalkan seorang netizen mengecam tindakannya yang menggunakan logo Elephant Army tanpa izin pada jersi siri jelajah Pahang.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Kieda mengaku telah melakukan kesilapan dan dia sudah menyelesaikan isu dengan pihak yang terbabit.
Namun, netizen mash mengkritik sehingga mengaitkan bapa yang hampir setahun meninggal dunia.
Usahawan ini berkata lagi, ibu bapanya tidak pernah mendidiknya mencuri atau menggunakan hak orang lain.
Dalam isu logo, Kieda mengaku bersalah kerana tidak membuat ‘research’ terlebih dahulu.
Sumber:oh media
Leave a Reply