SEORANG kanak-kanak berusia lapan tahun meraih simpati netizen apabila dia tidak dipedulikan sesiapa selepas menang dalam satu pertandingan badminton di Tawau, Sabah.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah gelanggang badminton yang tular pada awal Julai, kanak-kanak itu meminta bantuan orang sekeliling untuk merakam gambarnya, namun dia tidak dipedulikan sesiapa.
Pada Jumaat, aktivis kebajikan, Adrian Edy bertemu dengan kanak-kanak yang dikenali sebagai Nubhan itu untuk memberi sedikit bantuan memandangkan dia dibesarkan dalam keluarga B40.
Rakaman CCTV menunjukkan Nubhan terpaksa merakam foto sendiri selepas permintaannya tidak dihiraukan orang sekeliling.
“Sebelum datang jumpa, Edy dah hubungi ayahnya. Nak tahu kehidupan mereka bagaimana. Ibunya kerja kerani, ayahnya pula kerja sendiri.
“Rupanya adik Nubhan pakai kasut lama ketika pertandingan badminton tempoh hari. Kasut yang dipakai adalah pemberian orang.
“Raket yang digunakan pun dipinjam daripada kakaknya. Tapi dalam pertandingan itu, adik Nubhan berjaya dapat naib johan dan menang hamper,” ujar Edy.
Dia menjadikan Datuk Lee Chong Wei sebagai idola dan memang bercita-cita nak jadi pemain badminton apabila dewasa.
ADRIAN EDY
Menurut Edy, dia juga simpati menonton video tular itu memandangkan permintaan kanak-kanak itu yang mahu merakam gambar untuk dijadikan kenangan tidak dipedulikan orang sekeliling.
Dalam pertemuan itu, Edy turut membawa beberapa hadiah untuk diberikan kepada Nubhan, sekali gus dapat meniup semangatnya untuk terus bermain badminton.
“Masa jumpa di gelanggang tu, dia agak terkejut. Saya hadiahkan dia kasut, stokin, baju yang dicetak nama Nubhan serta raket badminton.
“Dia sangat terharu, siap cakap mesti raket ini mahal, harga ratus-ratus, raket untuk orang pro. Saya bersyukur dapat gembirakan adik Nubhan.
“Semoga dia terus bersemangat, dia pun ada beritahu yang dia menjadikan Datuk Lee Chong Wei sebagai idola dan memang bercita-cita nak jadi pemain badminton apabila dewasa sehingga dapat mengharumkan nama negara,” ujar Edy lagi.
Dalam pada itu, Ed turut berkongsi beberapa foto serta video sekitar pertemuan itu.
Nubhan menerima hadiah daripada Adrian Edy pada Jumaat.
Ramai netizen turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Edy atas kesungguhannya dalam membantu kanak-kanak itu.
“Kenapa video ni jadi sedih. Semoga adik Nubhan jadi pemain badminton Malaysia suatu hari nanti.
“Moga ada Nubhan dapat bawa kembali Piala Thomas buat Malaysia.
“Fuh raket Yonex, bukan kaleng-kaleng. Beruntung adik Nubhan, tulis netizen.
VIDEO
@adrianedy7 Terharu nampak video adik Nubhan yang tular, dia pertama kali ikut kejohanan dan menang, masa tu semua orang sibuk tidak dapat tolong dia ambil gambar, kita gembirakan dia dengan hadiahkan dia raket, kasut dan baju, moga adik Nubhan berjaya capai cita cita dia 🤍 #fyp #adrianedy
sumber: mstar
Leave a Reply