Puteri Dubai Buat Satu Dunia Terkejut, Cer4ikan Suami Menerusi ‘Posting’ Di IG – “Memandangkan Awak Sibuk Dengan…”

Puteri Dubai, Sheikha Mahra bint Mohammed bin Rashid Al Maktoum meraih perhatian dunia selepas dia membuat tindakan mengejutkan.

Beliau telah menceraikan suaminya, , Sheikh Mana bin Mohammed bin Rashid bin Mana Al Maktoum menerusi satu hantaran di akaun Instagram rasminya, @hhshmahra.

Dear suami, memandangkan anda sibuk dengan teman teman lain, saya dengan ini mengisytiharkan perceraian kita. Saya ceraikan awak, saya ceraikan awak dan saya ceraikan awak.

Beliau mengakhiri hantaran itu dengan menulis, ‘Jaga diri, (daripada) bekas isteri anda.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaikha Mahra Mohammed Rashed Al Maktoum (@hhshmahra)

puteri dubai

Setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi daripada kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) atau Sheikh Mana tentang perkara itu.

Difahamkan, mereka mendirikan rumah tangga setahun lalu dan Sheikha Mahra juga baru sahaja melahirkan anak sulung mereka sekitar dua bulan yang lepas.

Sheikha Mahra merupakan anak kepada penguasa Dubai, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE, Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Sheikh Mana pula adalah ahli kerabat diraja Dubai serta usahawan ternama dikenali ramai.

perdana menteri UAE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*