KISAH kematian Nur Farah Kartini Abdullah terus mendapat perhatian masyarakat selepas polis mengesahkan teman lelakinya yang berpangkat Lans Koperal ditahan pada Isnin.
Kebanyakan individu yang membuat hantaran di platform media sosal masing-masing berharap pelaku dibawa ke muka pengadilan supaya kematian arwah terbela dan mendapat keadilan sewajarnya.
Di sebalik luahan-luahan simpati atas kematian graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). seorang pelayar TikTok, Noraeudora Rahman tampil meluahkan rasa belasnya mengenangkan nasib isteri dan anak perempuan suspek.
“Sejujurya saya lebih bersimpati, apa yang berlaku pada isteri si pelaku daripada apa berlaku kepada arwah dan si pelaku.
Suspek bunuh Nur Farah Kartini merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal.
“Kita bersimpati pada arwah dengan apa yang dia alami, lalui, kepada keluarga dia kita bersimpati,
tetapi urusan dia di dunia selesai, urusan si pelaku pun selesai apabila polis dah dapat tangkap dia.
“Jadi urusan dia di akhirat tu antara dia dan Allah, kita tak boleh masuk campur. Kita ucapkan salam takziah pada keluarga dia,” luahnya memulakan bicara.
Menerusi hantarannya tular, dia mengakui lebih bersimpati kepada isteri pelaku kerana wanita berkenaan perlu berdepan ‘tragedi hitam’ itu sepanjang hayatnya.
Tambahan pula, anak mereka yang baru berusia lapan bulan pasti akan mempersoalkan tentang keberadaan bapanya apabila sudah meningkat dewasa.
Wanita ini turut menegaskan bersedia menerima kecaman warga maya apabila berkongsi pandangan peribadinya, dan melihat apa yang berlaku adalah ketentuan Allah.
“Apa yang saya nak tegaskan dekat sini, pada pandangan saya, kalau korang nak kecam… kecam saya tak kisah tapi pendapat jujur saya, saya lebih bersimpati pada isteri si pelaku sebab dia akan alami masalah ini sepanjang hayatnya.
“Dia ada anak, agak-agak macam mana dia nak ceritakan pada anak dia (tentang) apa yang berlaku pada si ayah.
“Anak mesti tanya mana ayah, mana ayah, jadi macam mana si mak ni nak bercerita pada si anak apa yang sedang berlaku… sebab itu saya bersimpati pada dia lebih dari segalanya,” jelasnya lagi.
Isteri akan menanggung malu dan akan menanggung beban untuk meneruskan hidup.
WARGA MAYA
Tambah Noraeudora, sebagai seorang wanita yang mempunyai anak dan bergelar isteri, dia juga memahami perasaan isteri suspek.
“Saya ni perempuan, ada anak, saya juga isteri, hanya perempuan yang faham hati perempuan.
“Jadi apa yang sedang berlaku ni memang betul ketentuan Allah, kita tak boleh nak kata ketentuan Allah ni satu perkara yang tak elok.
“Kalau apa yang berlaku pada kita ini, apa yang ditentukan Allah, adalah yang dah tertulis dekat sitratul muntaha, kita tak boleh nak elak tapi kalau perkara tu kita boleh elak, kita elak.
Kebanyakan warga maya bersetuju dengan pandangannya.
“Kita ni manusia yang diberi Allah, akal fikiran yang waras, jadi benda yang boleh kita elak, kita elak kalau tak boleh nak elak, nak kata macam mana… langkah jugalah,” tambahnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pandangan peribadinya itu kerana menyifatkan isteri kepada suspek akan menanggung malu sepanjang hayatnya.
“Betul. Isteri akan menanggung malu dan akan menanggung beban untuk meneruskan hidup.
“Suatu pandangan yang bernas serta ambil iktibar. Semoga ahli keluarga dapat member semangat kepada isteri suspek kerana terlalu besar perkara yang perlu dilalui.
“Saya setuju pendapat puan, saya bersimpati pada isteri suspek berbanding arwah, kita ada akal fikiran, boleh fikir dengan baik.
“Nasihat yang bernas. Kesian pada anak dan isteri pelaku. Harap keluarga si pelaku boleh teruskan hidup yang tenang dan baru,” ujar beberapa warga maya.
Dalam pada itu, sebuah portal berita turut berkongsi keadaan isteri suspek yang dikatakan sering menangis sehingga tidak dapat bekerja dan dalam masa sama perlu menjaga anak perempuan yang masih bayi.
Kondisi wanita tersebut diceritakan abangnya ketika ditemui ditemui di Pengkalan Batu, Melaka.
sumber: mstar
Leave a Reply