Da’i Syed Sudah Bosan Bawa Watak Seorang Ustaz – ‘Saya Mahu Keluar Daripada Kebiasaan’

Pendakwah selebriti Da’i Syed memberitahu dia mahu melebarkan sayap dalam bidang lakonan dan mahu keluar daripada watak yang selalu dibawakan iaitu sebagai seorang ustaz.

Bosan bawa watak ustaz

Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 29, dia merasakan sedikit bosan melakonkan watak yang sama.

Bila pengurus beritahu yang saya dapat tawaran filem berserta bajet ditawarkan, saya kata ambil sahaja sebab ini adalah peluang untuk saya.

Saya suka menceburi diri dalam bidang lakonan dan nyanyian. Jadi, saya gunakan peluang ini mengasah bakat.

Sebenarnya, saya banyak dapat watak ustaz, jadi membuatkan saya sedikit bosan. Sekarang, saya mahu keluar daripada watak kebiasaan dibawa.

Kalau boleh, mana-mana pengarah yang mahu ambil saya dapat berikan watak berbeza.

Syed berkata demikian semasa ditemui di majlis doa selamat dan sidang media filem Dajal: Satu Malam Dipedajal di Wisma Metrowealth, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia mahu mencari pengalaman baru dan meneroka sisi berbeza yang boleh ditampilkan sebagai pelakon.

Setakat ini, saya banyak berlakon drama sahaja. Tempoh hari, drama di TV3 arahan Erma Fatima juga saya bawa watak ustaz. Sebelum itu, saya ada bawa watak ustaz.

Kalau boleh, saya mahu cuba keluar daripada watak berkenaan. Saya bukan mahu watak penjahat, mungkin pelajar sekolah dan kalau boleh berlainan daripada apa yang pernah dilakonkan.

Kalau orang kecam, ini hanyalah lakonan sebab saya mahu tunjukkan watak lain yang boleh dibawa.

Filem Dajal: Satu Malam Dipedajal arahan Pierre Andre sedang menjalani penggambaran selama 16 hari di Bukit Fraser, Raub, Pahang bermula pada Selasa lalu dengan menampilkan pelakon seperti Amir Nafis, Jay Iswazir, Da’i Syed, Khatijah Tan dan ramai lagi.

Filem terbitan Metrowealth International Group (MIG) ini berkisar perjalanan dua sahabat yang bekerja sebagai pembersih mayat. Pada suatu hari, mereka ditugaskan membersihkan rumah yang mana ada tiga mayat di dalamnya.

Kerja mereka adalah untuk membersihkan mayat yang sudah reput dan busuk. Apabila tiba, mereka mendapati ada keganjilan yang berlaku sehinggalah penemuan buku pelik dan terjadi perkara tidak diingini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : OB

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*