Bakal bertiga, Intan Najuwa h4mil anak sulung

PELAKON Datin Intan Najuwa berkongsi khabar gembira dia sedang hamil anak pertama.

Memaklumkan perkara tersebut di Instagram miliknya, Intan, 27, turut berkongsi gambar terbaharu yang menampakkan ‘baby bump’ pada bahagian perut.

“Rahsia kami akhirnya terdedah. Tidak lama lagi akan bertiga, katanya.

Intan teruja bakal bergelar ibu.

Intan menulis perkara tersebut berserta rakaman imbasan sonogram menunjukkan perkembangan bayi dalam kandungan.

Bagaimanapun Intan tidak menyatakan secara terperinci usia kandungan ketika ini.

Perkongsian tersebut juga menerima banyak ucapan tahniah dalam kalangan peminat termasuk rakan selebriti pelakon berkenaan.

Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada usahwan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos tahun lalu.

Intan sebelum ini pernah memberitahu mahu berehat daripada dunia seni but sementara kerana ingin member fokus kepada urusan rumah tangga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Intan Najuwa (@intannajuwa)


sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*