Abang sahkan jen4zah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan

JENAZAH bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Iris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.

Perkara itu disahkan oleh abang Nur Farah Kartini, Mohd Farriza Azmi, 28.

“Jenazah adik saya akan dikebumikan di Pekan, Pahang.

“Kami sekeluarga membuat keputusan kebumikan jenazah di situ, di kampung isteri saya,” katanya ketika dihubungi, pagi Rabu.

Mod Farriza bagaimanapun berkata, jenazah hanya akan dikebumikan selepas prosedur bedah siasat selesai.

“Kita tunggu selepas keputusan DNA (asid deoksiribonukleik) dan prosedur selesai.

“Keluarga saya dari Miri, Sarawak juga sudah berada di sini (Kuala Lumpur), ujarnya lagi mengenai proses bedah siasat yang dilakukan di Hospital Sungai Buloh di Selangor.

Sehingga hari ini, keputusan bedah siasat mayat Nur Farah Kartini diklasifikasi sebagai Pending Laboratory Investigation (menunggu laporan lengkap makmal).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, proses bedah siasat terhadap mangsa berusia 25 tahun itu dijalankan pada Selasa oleh pakar patalogi di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh bermula pukul 3 hingga 5.30 petang.

“Polis masih menialankan siasatan lanjut dan memohon mana-mana saksi kejadian untuk tampil di balai berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga dingatkan supaya tidak membuat spekulasi berkaitan kes ini dan tidak menyebarkan sebarang gambar atau perkara yang boleh mengganggu siasatan kes, katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Misteri kehilangan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu terjawab apabila mayat ditemukan dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor pada Isnin.

Mangsa yang bekerja sebagai pegawai pemasaran itu disyaki dibunuh individu yang dikenalinva.

Media sebelum ini melaporkan mangsa hilang pada Rabu lalu, selepas dipercayai menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan itu, suspek yang juga anggota polis berusia 26 tahun direman selama tujuh hari sehingga 22 Julai bagi membantu siasatan.

Suspek berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Balai Polis Slim River.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*